Sissy Imann 'judge' kawan baik, bongkar perangai Sarah Suhairi, Wani Kayrie - Video | mStar

PENYANYI Sissy Imann berkata dia mula berkawan rapat dengan Sarah Suhairi dan Wani Kayrie ketika mereka sama-sama menyertai program realiti Big Stage tahun lalu.

Menurut Sissy, mereka kerap bertukar cerita dan berkongsi masalah antara satu sama lain. Jom kita tanya penyanyi lagu Pesanan Ayahanda ini mengenai perangai sebenar dua sahabat baiknya itu!

"Wani sebelum ni saya tak tahu yang dia suka fikir di luar kotak, dia suka memerhati lebih dalam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehidupan sebenar Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Sissy Imann didedah dalam ‘The House’

"Sarah tak banyak rahsia sangat, apa kita tengok di Instagram, itulah dia.

"Cumanya apa yang orang baru kenal tengok dia macam lembut, tapi sebenarnya dia berani dan sangat berdikari. Itulah Sarah Suhairi," katanya kepada mStar Online.

Sissy ditemui semasa sidang media rancangan The House yang diadakan di Bangsar Shopping Centre, baru-baru ini.

Dalam program tersebut, ketiga-tiga penyanyi berkenaan akan memperlihatkan karakter peribadi masing-masing dan perlu melalui beberapa ujian sepanjang penggambaran.

Rancangan yang memasuki musim kelima ini akan disiarkan di Astro Ria, setiap Rabu, pukul 9.00 malam bermula 27 Mac ini.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi