suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menitis Air Mata Azreen... Betapa Deritanya Menanggung Kanser

DALAM satu temubual eksklusif bersama mStar, penyanyi Azreen Manan yang pernah popular era 1990-an berkongsi rasa sedih dan terkejut selepas dimaklumkan dia menghidap kanser serviks tahap empat.

Bukan itu saja, dia juga mengalami komplikasi buah pinggang dan usus tersumbat. Derita tidak tertanggung oleh Azreen, 41, ini hanya Allah saja yang tahu. Air matanya bergenang dan menitis saat berkongsi penderitaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN Penyanyi Azreen Yang Pernah Jadi Fenomena Berisiko Untuk Dibedah

Dalam keadaan suara yang kurang bermaya, kata Azreen kekuatannya disebabkan semangat yang diberikan kawan-kawan.

Selain kanser dia juga mengalami komplikasi buah pinggang dan usus bengkak.

"Rasa luruh jantung... rasa tak percaya dapat kanser. Jadi, lalu (tempuhi) jugalah ujian Allah ini," katanya.

Azreen turut meluahkan rawatan kemoterapi dilaluinya juga agak menyakitkan yang perlu dibuat sebanyak enam kali.

Ayuh... sama-sama tonton video ini dan kongsilah di media sosial anda agar apa yang dialami Azreen ini turut menjadi kekuatan kepada orang lain yang menghidap penyakit serupa.

Kepada Azreen... doa kami sentiasa untuk anda. Sesungguhnya penyakit yang diturunkan Allah itu penghapus dosa.

azreen, kanser


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi