suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesa ulang kaji pelajaran dalam kereta, pelajar pintar ini kongsi tip dapat keputusan SPM 11A

MENJADIKAN ibu dan ayah sebagai dorongan utama, pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Negeri Sembilan ini berjaya mendapatkan keputusan cemerlang 10A+ dan 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Khairul Rafiq Khairul Rizal, 18, dia lebih selesa mengulangkaji pelajaran di dalam kereta kerana lebih fokus untuk menuntut ilmu.

“Pertama sekali, sekiranya ingin belajar ataupun bermain sukan, apa yang kita perlu buat ialah cari kebolehan diri semaksima yang mungkin.

“Kalau dalam kereta saya memang boleh study dan lebih beri tumpuan. Alhamdulillah Rafiq tak ada rasa mual-mual dan pening kepala ketika ulang kaji dalam kereta,” ujarnya pada mStar.

Mempunyai minat yang mendalam dalam subjek matematik tambahan, Rafiq pernah berjaya mendapatkan markah penuh iaitu 100 ketika menduduki peperiksaan.

Katanya, kejayaan diperolehi itu bukanlah hanya semata-mata kerana rezeki namun dia percaya bahawa berkat berbuat baik turut menjadi punca dia berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi