suria

“Berteduh tunggu lampu hijau”... Bapa bawa anak sakit naik motor cerita di sebalik video tular, duit cukup-cukup makan

TIDAK menyangka video dia membawa anak sakit yang menggunakan mesin pernafasan menaiki motosikal ke hospital tular di media sosial, seorang pembantu nelayan iaitu Azlan Ishak mengakui sebak apabila kisahnya mendapat perhatian ramai orang.

Kata Azlan, dia hanya mampu menggunakan motosikal memandangkan gaji diperoleh sebanyak RM50 sehari hanya mencukupi untuk makan keluarga serta kelengkapan anak kelimanya iaitu Mohd Aariz yang menghidap masalah paru-paru, limpa dan Refluks Gastroesophageal (Gerd).

“Saya guna motosikal kerana tiada kenderaan lain. Rumah saya nak ke hospital adalah sejauh 23 kilometer. Kalau hujan saya terpaksa berhenti berteduh di mana-mana.

“Kalau waktu panas, hanya berteduh sebelum tunggu lampu isyarat anak berhenti berteduh. Itu bajet paling rendah bagi saya. Makan pun saya sudah makan siap-siap dirumah isteri masak. Tidak akan makan dekat sana.

“Semasa viral itu, dalam poket saya hanya ada RM12 sahaja, itu adalah untuk minyak motor. Saya tidak mampu nak sewa kereta ke apa sebab tidak mampu. Kalau naik ‘grab’, nak balik dengan apa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi