suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TikToker Emy Chachacha tak ‘post’ isu Palestin bimbang akaun kena sekat, tapi bukan maksud tidak sokong

GARA-GARA tidak berkongsi berita kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di media sosial, TikToker Emy Chachacha dianggap tidak peka dengan keadaan semasa.

Mengulas mengenai perkara itu, Emy atau nama sebenarnya Muhammad Zulhimi Nazelan, berkata dia mahu tidak terlalu lantang bersuara kerana bimbang kemungkinan media sosialnya akan di sekat.

“Tak kongsi mengenai isu itu bukanlah bermaksud saya tak sokong, sekarang ini sosial media dikawal dengan perkara seperti ini.

“Ada yang beritahu kalau terlalu berkongsi mungkin akaun akan disekat dan sebagainya, bukan la bererti saya tak sokong langsung cuma kena faham situasi.

“Saya ada juga muatnaik cumanya tak berapa kerap dan hanya belakang tabir saja buat masa ini, mana yang faham tu tahu la,” kata Emy kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi