suria

Lembut orangnya seindah nama, Queen Sayang tak mahu kaki pukul jadi pasangan… “Paling penting boleh bimbing dunia akhirat”

DITANYA mengenai ciri-ciri lelaki idaman, personaliti media sosial, Nurqueen Sayang mengimpikan lelaki yang menghormati orang tua serta mampu membimbing dirinya ke jalan Allah SWT.

Kata Nurqueen atau Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain, 24, dia berharap tidak bertemu dengan lelaki panas baran kerana bimbang menjadi mangsa pukul di kemudian hari.

“Lelaki idaman saya seorang yang bertanggungjawab, hormat orang tua dan yang boleh bimbing saya di dunia dan akhirat.

“Harap dapat yang jaga saya dengan baik sahajalah, bukan yang jenis kaki pukul.

“Mungkin sebab saya seorang yang lemah lembut jadi tak mahu lelaki yang kuat marah dan nak elaklah dari kena pukul ke,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi