suria

Jinak nak peluk pun boleh! TikToker ini bela 6 ekor buaya di rumah, terpengaruh tonton ‘Crocodile Hunter’

PERKONGSIAN video oleh TikToker bernama Khairul Johari mengenai hobinya memelihara haiwan eksotik iaitu buaya menarik perhatian netizen di media sosial.

Ramai yang kagum malah teruja melihat haiwan berkenaan yang dilihat jinak dan dibela di kawasan rumahnya sendiri.

Kata Khairul, 38, minat mendalam terhadap haiwan eksotik sejak kecil membuatkan dia mengambil keputusan untuk memelihara enam ekor buaya jenis Caiman.

“Hobi saya ni daripada kecil sebab dulu selalu tonton cerita Crocodile Hunter tu, jadi apabila sudah besar ini ada impian untuk memiliki buaya sendiri di rumah.

“Penjagaan buaya ni tak mahal mana sebab dia mudah... cuma perlu beli ayam saja. Selain buaya saya ada juga impian nak buka mini zoo nanti... sekarang pun saya tengah usahakan di Taiping, Perak, InsyaAllah mereka yang nak tengok haiwan ini saya bagi masuk percuma,” kata Khairul kepada mStar.

Meskipun ada pihak mempertikaikan hobinya itu, Khairul menjelaskan haiwan dipelihara itu telah mendapat kebenaran dan lesen daripada Jabatan Perhilitan Malaysia.

“Ramai yang komen dan pertikai bila lihat video saya di Tiktok mengenai buaya ni, tapi sebenarnya saya ada lesen yang sah dan cara nak dapatkan lesen tu kita kena beli dengan penjual berdaftar maka baru dapat lesen tu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi