suria

Tegang 2 lelaki tikam lidah sebab pintu kereta calar, Datuk akhirnya pilih jalan damai - “Isteri pujuk jangan layan sebab saya ahli perniagaan”

PERTENGKARAN dua individu yang tular sejak Isnin gara-gara seorang lelaki cuba mempertahankan kesalahan isterinya yang membuka pintu kereta sehingga terkena sebuah kenderaan lagi yang diletakkan di sebelahnya menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Mangsa kejadian iaitu Datuk Adzwan Ab Manas, 48, menjelaskan pertengkaran berlaku selepas wanita berkenaan cuba membuat provokasi dengan menyalahkannya kerana memparkir kereta jenis Toyota Vellfire miliknya berdekatan dengan kenderaannya.

Adzwan yang juga presiden Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA) memberitahu dia mampu menahan sabar walaupun diherdik lelaki berkenaan selepas ditenangkan oleh isteri dan anaknya yang turut berada dalam kenderaan.

"Isteri pujuk saya kata jangan layan sebab saya ahli perniagaan, nanti akan rosakkan nama saya.

"Dia peluk dan pegang saya ketika itu walaupun sebagai lelaki saya memang marah tapi kerana isteri saya bersabar," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Adzwan berkata dia dan lelaki berkenaan bagaimanapun memilih jalan damai selepas kedua-dua mereka membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku di 1120 Park Avenue, Petaling Jaya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi