suria

Dah bayar RM180,000, pengantin bengang ‘wedding planner’ tak amanah… Menyesal percaya kawan sendiri

MAJLIS perkahwinan yang diimpikan indah bertukar suram selepas wanita bernama Shaniena Natasya ditipu wedding planner yang juga merupakan rakan sendiri.

Cerita Shaniena, 20, dia dan suami iaitu Choudhry Wasim, 28, telah mengeluarkan amaun sebanyak RM180,000 namun amanah yang diberikan itu tidak dijalankan dengan baik.

“Ada yang kata dia guna duit itu untuk bersuka ria seperti beli barang berjenama dan sewa kereta.

“Itu sahaja yang saya tahu yang lain saya tak tahu apa yang dia lakukan dengan amaun yang banyak macam tu,

“Sebab amaun RM180,000 tu adalah lebih banyak daripada jumlah yang saya sasarkan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Shaniena sudah membuat laporan polis dan menyerahkan segala siasatan terhadap pihak berkuasa tersebut.

Sebelum ini perkongsian Shaniena ini menjadi tular di laman Instagram dan Twitter serta mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi