suria

Pemuda India gigih pusing taman cabut iklan haram, mahu bersihkan Ipoh daripada peminjam Ah Long

ENGGAN orang ramai terjebak pinjaman wang tanpa lesen, pemuda bernama Vikram Naidu dipuji di aplikasi TikTok selepas memuat naik video mencabut iklan haram di tepi jalan sekitar Ipoh, Perak.

Kata Vikram atau Vikram Naidu a/l Mahendran, 25, dia melakukan tindakan berkenaan selepas ada penduduk meminta dia mencabut iklan haram tersebut.

“Penduduk minta saya cabut banner dan selepas itu saya muat naik video di TikTok.

“Selepas itu saya dapat tahu video itu sudah viral ramai orang sokong saya.

“Saya nak buat kerja untuk rakyat dan memang niat saya nak tolong orang sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Vikram sempat memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.

“Sekarang saya cuma nak cakap pada rakyat supaya jangan pinjam pada Ah Long.

“Fikir awak punya keluarga, kalau awak pinjam juga sampai bila-bila takkan habis”, ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi