suria

Kecoh berebut baju Melayu RM1, TikToker Uci menangis dituduh ‘scammer’ selepas tular video rusuhan

PERSONALITI media sosial Uci sedih apabila menerima kecaman selepas tular video rusuhan semasa mempromosikan baju Melayu di butik pakaiannya terletak di Shah Alam, Selangor pada 1 April lalu.

Gara-gara kecaman itu, Uci, 22, berkata dia menitiskan air mata, lebih-lebih lagi selepas digelar penipu.

"Bila jadi macam ini nama saya ada yang panggil ‘scammer’ ataupun penipu dan ia membuatkan saya berasa sedih.

"Saya rasa sedih sangat-sangat tetapi saya tak mahu melenting dan saya ada rasa nak lawan tapi saya tak buat sebab ramai yang tak tahu cerita sebenar.

"Banyak fitnah mengenai saya tapi kena kuatlah walaupun saya ada menitiskan air mata tapi terima kasih pada orang sekeliling saya yang beri kekuatan pada saya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi