suria

Kebahagiaan 8 tahun musnah, Shermine minta View Chin pecat ‘penyondol’ tapi tak dilayan

KONTROVERSI rumah tangga pasangan personaliti media sosial iaitu Shermine Hau Ah Moi dan View Chin hangat diperkatakan ketika ini di media sosial.

Kata Shermine atau nama sebenarnya Hau Shi Ni, 32, dia ada berusaha untuk menjernihkan hubungan mereka dengan meletakkan syarat View Chin perlu memecat wanita berkenaan, namun permintaannya itu tidak diendahkan.

“Dia ada hubungi saya dan kata nak jumpa anak-anak.

“Kemudian saya minta dia jaga kami baik-baik, selepas itu apa yang saya minta... pecat itu orang (staf berkenaan), jadi dia kena buatlah.

“Saya dah bagi syarat saya tetapi dia masih tak layan,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Shermine memuat naik pelbagai bukti mesej, gambar dan video yang mendakwa View Chin curang dengan seorang wanita yang merupakan pekerjanya.

Shermine menerima sokongan padu netizen atas pendedahan itu, manakala View Chin dan wanita tersebut terus dihujani dengan pelbagai kecaman.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi