suria

Suami kahwin pekerja ketika isteri sedang berpantang… Datin muda kecewa tapi reda bermadu wanita 19 tahun

BARU-BARU ini tular ciapan di aplikasi Twitter perkongsian seorang wanita bercerita mengenai suaminya berkahwin lain ketika dia sedang berpantang.

Menerusi temu bual bersama mStar, wanita bernama Nurul Aqilah mengakui kecewa namun reda apabila suaminya dikenali sebagai Datuk Syed berkahwin ketika dia bersalin anak pertama.

Kata Aqilah atau Datin Nurul Aqilah Mohamad Zafri, 25, isteri kedua suaminya itu merupakan pekerja restoran mereka dan sudah berkahwin sejak Februari lalu.

“Lepas lahirkan anak kami, saya berpantang di rumah ibu saya selama dua bulan.

“Waktu itulah suami berkenalan dengan perempuan itu dan sebenarnya perempuan itu pekerja restoran kami.

“Dan bila dia berhenti kerja saya tertanya-tanya, rupanya dia dah berkahwin dengan suami saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Aqilah dan suami bernikah pada 10 Oktober 2021 dan kini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Syarifah Iva Batrisya pada 14 September 2022.

Aqilah merupakan perkahwinan keempat buat Syed dan sudah bercerai dengan ketiga-tiga isteri sebelum ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi