suria

Tak sempat sampai hospital, lelaki ini kongsi pengalaman sambut kelahiran anak dalam kereta

WARGANET meluahkan rasa kagum dengan kisah seorang isteri yang terpaksa melahirkan bayinya di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital baru-baru ini.

Suami wanita berkenaan iaitu Mohd Safiq Jamaluddin, 36, berkata, dia tidak menyangka kisah itu yang dikongsi di Facebook miliknya mendapat perhatian pembaca sehingga ia tular.

"Memang bersalin itu boleh dimana-mana seperti di rumah dan ada sahaja kes lain yang bersalin di dalam kereta.

"Cuma kisah saya tular sebab saya kongsi di Facebook dan tujuan saya pun hanya ingin berkongsi pengalaman tapi tak sangka pula ia tular," katanya kepada mStar.

safiq berkata, pengalaman membantu isteri bersalin di dalam kereta satu pengalaman luar biasa meskipun sudah mempunyai tiga cahaya mata.

"Alhamdulillah bayi tiada komplikasi apa-apa yang teruk... Alhamdulillah isteri dan anak dalam keadaan baik," katanya yang memberi nama Muhammad Khalis Fitri.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi