suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hero tak dikenali datang membantu... Wanita diserang ‘awang hitam’ rasa terhutang budi, mahu jumpa ucap terima kasih

KEJADIAN seorang lelaki warga asing tiba-tiba memanjat hud enjn kereta dalam kejadian di Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu membuatkan mangsa trauma.

Dalam keadaan panik, Nur Tazliana Musa, 29, memberitahu dia sempat mengeluarkan telefon pintar miliknya untuk merakam kejadian itu sebagai bukti memandangkan keretanya tidak mempunyai dashcam.

"Masa kejadian saya memang panik apatah lagi tindakan saya membunyikan hon bagi meminta bantuan tidak diendahkan pengguna jalan raya yang lain.

"Memandangkan kereta tidak mempunyai dashcam, saya cuba bertenang dan keluarkan telefon untuk rakam tindakan lelaki itu sebagai bukti," katanya ketika ditemui mStar.

Dalam pada itu, Tazliana berkata, dia sedang berusaha menjejak lelaki berbaju merah yang sanggup membantu menarik warga asing itu daripada keretanya.

"Selepas dia tarik lelaki itu, dia terus beri isyarat supaya saya segera beredar dan tak sempat nak bertemu bagi mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Insya Allah selepas saya pulang dari kampung bertemu ibu bapa, saya mahu mencarinya," katanya.

Tambah Tazlinana, dia juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kejadian itu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi