suria

Pertama kali dengar lagu ‘Pergi Tak Kembali’, pemuda India terus minat nyanyi nasyid… Sampai dah faham maksud lirik

PERKONGSIAN video seorang lelaki berbangsa India menyanyikan lagu nasyid menarik perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Ramai yang kagum melihat lelaki bernama Jay Thirackumar menyanyikan lagu nasyid daripada kumpulan Rabbani iaitu Pergi Tak Kembali.

Kata Jay atau nama sebenarnya Vijay Thirackumar, 30, dia tidak menyangka video yang dibuat hanya suka-suka itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

"Sebenar motif saya muat naik video nyanyi tu secara suka-suka sahaja tapi tak sangka pula tular sebab lagu nasyid tu memang daripada dulu lagi saya sering nyanyi.

"Saya minat nasyid ni sebab muziknya dan lagu nasyid paling saya gemari adalah lagu Rabbani Pergi Tak Kembali sebab lagu tu saya pernah dengar semasa saya darjah enam dan dengar balik pada usia 17 tahun.

"Ramai juga yang minta saya nyanyikan lagu nasyid dan sekarang ini pun dekat senarai dalam Youtube boleh dikatakan semua lagu berkonsepkan ketuhanan iaitu nasyid,” kata Jay kepada mStar.

Dalam pada itu, Jay memberitahu dia terkejut apabila salah satu video nyanyiannya itu mendapat komen daripada penyanyi asal kumpulan tersebut iaitu Rabbani.

”Paling saya tak sangka apabila kumpulan asal iaitu Rabbani komen dekat video nyanyian saya dan saya terharu dan ucapkan terima kasih kepada mereka kerana hasilkan lagu terbaik sepanjang zaman," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi