suria

Proton Wira jadi rumah, usahawan kerja cleaner lepas bisnes lingkup... Cara langsai hutang RM1.2 juta buat netizen kagum

GARA-GARA terpedaya dengan pelaburan mata wang digital, pemuda dikenali Ariff Luqman Peter Lisut terpaksa menanggung beban hutang sebanyak RM1.2 juta selepas perniagaan itu lingkup dua tahun lalu.

Apa menjadi perhatian, Ariff, 27, berjaya menyelesaikan 90 peratus hutang tersebut dalam tempoh dua tahun tanpa meminta bantuan orang lain atau membuat pinjaman.

Katanya, dia enggan menyusahkan pihak lain dengan masalahnya selain menjadi tanggungjawab sepenuhnya tentang apa yang berlaku sebelum ini.

"Saya sela dengan cara sendiri (selesaikan hutang), bukan sombong apabila ada yang ingin membantu tapi saya masih ada kudrat dan enggan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

"Masalah ini berlaku pun kerana kekhilafan saya sendiri, jadi saya nak baiki dan tak mahu susahkan orang lain," katanya kepada mStar.

Ariff memberitahu ketika ini hutangnya hanya berbaki sebanyak RM90,000 dan yakin dapat menyelesaikannya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kisah Ariff menjadi tular di media sosial selepas dia berkongsi tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya selepas perniagaannya lingkup akibat terlalu percayakan orang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi