suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Adik jangan tinggalkan ibu”... Terkilan cara pemergian anak selepas tonton CCTV, keluarga tuntut keadilan untuk baby Aulia

BERAT menerima pemergian anak tercinta, ibu bapa kepada Allahyarham Qaseh Aulia iaitu Faizul Ali Adam dan Maisarah Rosli mahu tampil menegakkan keadilan buat arwah.

Kata Faizul, 33, dia berasa terkilan selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pihak pengasuh tidak berwaspada dan cuai dalam menjaga anaknya itu.

“Selepas saya melihat rakaman CCTV sangat jelas... saya percaya ia disebabkan kecuaian oleh pengasuh dan pihak taska.

“Pengasuh letakkan anak kami dalam posisi meniarap kemudian dia bangun dan buat kerja lain... lebih kurang sejam kemudian barulah pengasuh itu sedar tentang anak kami.

“Apabila dah terkejut, pengasuh itu terus meminta bantuan daripada orang lain tetapi tiada langsung tindakan seperti rawatan kecemasan diberikan kepada anak kami,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Maisarah, 33, turut menuntut keadilan buat arwah anaknya itu dan berharap kes ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai

Untuk rekod, Allahyarham Qaseh Aulia dilahirkan pada 16 Julai 2023 dan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Oktober lalu.

Ibu bapa arwah juga telah membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada 13 Oktober bagi siasatan berhubung kes berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi