suria

“Dia bukan kaki lepak, merokok pun tidak” - Isteri buat empat kerja niat bantu suami, tahan sakit ambil upah cuci masjid

TIDAK mahu meminta-minta, wanita bernama Afrin Najiha Makmur sanggup melakukan empat pekerjaan sehari demi membantu suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Najiha sanggup melakukan empat pekerjaan iaitu mencuci masjid, mengambil upah jual produk kecantikan, menjual kek coklat dan aiskrim potong demi kelangsungan hidup.

Gara-gara perkongsiannya itu, Najiha, 26, berkata, suaminya menerima kritikan dan kecaman netizen di media sosial.

Menjawab mengenai perkara itu, Najiha menjelaskan suaminya bukanlah seorang pemalas, sebaliknya dia juga sama-sama memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak.

“Saya melakukan empat kerja sehari ini bukan sebab suami malas kerja... ada juga netizen kat luar sana kata suami saya seorang penagih dadah.

“Suami saya merokok pun tidak, kaki lepak pun tidak, dia memang seorang yang bertanggungjawab.

“Cuma dia sekejap kerja sekejap tidak sebab kadang-kadang motor rosak, tapi nafkah dari dia memang teraturlah cuma sekarang terduduk sedikit,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Najiha turut berkongsi dia menghidapi sakit tulang belakang atau slip disc namun tetap tabah hadapi ujian hidup.

Untuk rekod Najiha mendirikan rumah tangga sejak 20 Jun 2015 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi