suria

Azzam Sham gelabah kaki Sheryl Shazwanie melecet gara-gara pakai heels pergi ‘dating’ - “Dia jalan terjengket-jengket”

SETIAP pasangan yang bercinta mesti ada momen yang tidak dapat dilupakan.

Begitu juga dengan penyanyi Azzam Sham yang masih mengingati momen lucu ketika dia dan tunangnya, Sheryl Shazwanie pertama kali keluar bersama.

Cerita Azzam dia berdepan detik cemas apabila kaki Sheryl tiba-tiba melecet hingga berdarah ketika sedang berjalan di sebuah kompleks beli-belah.

"Hari kami keluar tu dia pakai kasut baru yang agak tinggi. Dah dekat setengah mall kami pusing kaki dia melecet.

"Masa tu saya punya la gelabah, saya tanya dia nak kena buat apa ni?" ujar Azzam sambil ketawa mengenang kembali saat manis itu.

Azzam dan Sheryl selamat mengikat pertunangan pada 30 September lalu dan difahamkan mereka merancang untuk bernikah pada tahun depan.

Azzam menyatakan mereka bakal berkahwin pada tahun hadapan, namun tarikh perkahwinan tidak didedahkan kerana ingin menghormati privasi keluarga dua belah pihak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi