suria

“Awal-awal kami dah rasa tak sedap hati... dia tak bergerak” - Azmi Saat reda ujian Allah, harap arwah anak jadi syafaat masuk syurga

TEMPOH singkat untuk bergelar ibu bapa sudah pasti pengalaman yang cukup berharga bagi penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhamad.

Walaupun hanya tiga hari, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers itu reda dengan ketentuan Allah apabila zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun meninggal dunia pada pukul 1.19 tengah hari khamis.

Ketika ditemui mStar, Azmi berkata sejak anak yang diberi nama Khairul Afnan dilahirkan secara pembedahan pada Isnin lalu, mereka sudah dimaklumkan tentang masalah dialami bayi tersebut.

"Doktor bagi kami pegang sekejap, lepas itu terus dipantau.

"Semakin lama keadaannya semakin menurun, dia tak bergerak dan perlukan bantuan alat pernafasan," katanya kepada mStar.

Khairul Afnan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat kegagalan fungsi otak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi