suria

Zizi Kirana terkejut bangun tidur nampak Yusuf Bahrin, malu-malu cerita pengalaman jadi isteri - “Nak solat pun tiba-tiba ada imam!”

DIAM-DIAM penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu tanpa perlu menghebohkan tentang kisah cinta antara mereka.

Namun sejak mereka bernikah, netizen mula menghidu sisi romantis Zizi yang sebelum ini tidak ditunjukkan secara terbuka.

Cerita Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, walaupun ada yang menyedari tentang perubahannya itu, namun dia sendiri masih malu-malu dan cuba menyesuaikan diri dalam menerima kehadiran Yusuf sebagai suami.

"Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah... bangun tidur pun ada Yusuf di sebelah.

"Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!" katanya ketika dihubungi mStar.

Pada 19 September lalu Zizi sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Majlis pernikahan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi