suria

Iqbal berjaya pujuk anak lelaki Vida, harap Cik B pula terbuka hati - “Kacak menangis… nak saya jaga ibu dia”

RANCANGAN usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli untuk menikahi Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dilihat bukan lagi perkara mainan.

Kata Iqbal, 27, walaupun anak sulung Vida iaitu Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak merestui hubungan mereka, namun dia mengharapkan agar diberikan peluang.

Malah dakwa Iqbal, dia gembira apabila adik Cik B iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, 14, atau lebih terkenal sebagai Kacak menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

"Kacak sangat baik dengan saya... sangat rapat. Dia menangis, dia nak saya jaga ibunya.

"Jadi perkahwinan ini memang akan berlaku. Cik B... abang nekad nak jaga mama. Kalau abang gagal dalam masa dua atau tiga tahun, Cik B buanglah abang, letak abang jauh-jauh." katanya ketika ditemui mStar.

Sebelum ini mStar melaporkan tentang perasaan Cik B yang geli dengan cara Iqbal meluahkan perasaannya kepada Vida.

Lebih menimbulkan rasa kurang selesa apabila Iqbal dilihat terlalu mencuba untuk mendekati Vida apabila memanggil anak-anak usahawan itu sebagai "anak kita".

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi