suria

Lenggok macam penyanyi Timur Tengah... ingatkan gadis Arab, rupa-rupanya Nuha Bahrin ‘famous’ di TikTok - “Tak faham pun, saya tiru je”

BERMULA sekadar suka-suka menyanyikan lagu Arab di TikTok, penyanyi baharu Nuha Bahrin kembali menjadi sebutan ramai.

Ujar Nuha atau nama sebenar Nuha Sakina Saiful Bahrin, dia tidak menyangka nyanyian semula lagu dari Timur Tengah itu mendapat perhatian sehingga memperoleh lebih daripada 2 juta tontonan.

“Saya cover lagu Arab tu saja-saja je sebab keluarga saya memang suka lagu Arab dan tak sangka cover tu semua meletup.

“Paling tak sangka sampai orang Arab pun tengok video itu, saya rasa ini adalah rezeki sebab tak semua dapat apa yang saya dapat ni dan kerja keras saya mendatangkan hasil,” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian di 'Vokal Mania' teruk dikritik, Nuha Bahrin akan belajar kawal emosi ketika menyanyi - “Ada yang anggap saya mempunyai potensi dalam industri”

Dalam pada itu, Nuha akui tidak pernah mempelajari bahasa Arab namun mampu menyanyi lagu itu dengan baik disebabkan kemampuannya meniru lenggok lagu genre tersebut.

“Saya tak belajar bahasa Arab pun, saya pun tak tahu... cuma mungkin saya pandai meniru lenggoknya dan ia menjadi, Alhamdulillah.

“Satu benda best fasal cover lagu Arab ini sebab saya boleh belajar dan lepas saya nyanyi tu saya akan cari lirik memang best,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Nuha Bahrin, X Sempurna, Artis BBNU,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi