“Saya tak boleh peluk, larang Shuib guna handphone!” - Siti Sarah tawakal elak rumah tangga diganggu perampas

BAGI mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, penyanyi Siti Sarah Raisuddin berkata dia menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perkahwinannya.

Menurut Sarah, sebagai manusia biasa dia hanya mampu bertawakal dan mengharapkan doa yang terbaik untuk memastikan keluarganya kekal bahagia.

“Saya tak dapat nak buat apa-apa sekiranya berlaku... saya anggap ia atas kehendak dan izin dari Allah, saya tak boleh nak kawal suami cuma yang saya boleh buat menjaga hubungan dengan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan ‘gold digger’ buat Shuib elak baca mesej di media sosial - “Saya bukan alim sangat tapi selalu ingat pesan emak!”

“Saya hanya harapkan Allah berikan yang terbaik untuk rumah tangga saya. Itu adalah sebaik-baiknya!, ” katanya.

Siti Sarah berkahwin dengan pelawak Shuib pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi