suria

Zizan Razak seronok layan peminat dalam Gran Turismo Sport - “Mereka mesti nak race dengan saya”

SELAIN aktif berbasikal, pelakon Zizan Razak juga ligat beraksi dalam permainan video Gran Turismo Sport dengan menggunakan nama zizanrazak689.

Menurut Zizan atau nama sebenar Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, dia perlu menyusun jadual hariannya demi mencari masa yang sesuai untuk bermain permainan video.

“Masa kena susun, saya memang minat nak jadikan game sebagai aktiviti serius tapi banyak lagi tanggungjawab perlu dilaksanakan.

“Kalau saya selesai kerja awal dan ada ruang untuk bermain game, saya akan main untuk release tension, ujarnya kepada mStar.

Selain itu tambah Zizan, dia tidak keberatan untuk membelanjakan wang bagi membeli peralatan permainan video.

“Orang rasa macam tidak berbaloi, tapi bagi saya selain membahagiakan... ia boleh tambahkan skill pemanduan, saya memang tiada masalah, ” katanya kepada mStar.

Gran Turismo Sport merupakan permainan video berbentuk perlumbaan yang dimainkan menggunakan peranti PlayStation 4.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Zizan Razak, Gran Turismo Sport,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi