suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amira Othman makin ‘stress’ tak jumpa lagu sesuai - “Nak cari yang boleh nyanyi masa live... bukan sekadar dalam recording”

PENYANYI Amira Othman mengakui mula tertekan kerana sudah lama tidak muncul dengan lagu baharu selepas lebih setahun.

Menurut Amira, 27, perkara itu terjadi kerana sikapnya sendiri yang terlalu cerewet dalam soal pemilihan lagu.

"Sejak dulu saya ada masalah mencari lagu, susah nak suka dengan lagu... ia menjadikan sampai sekarang saya tak dapat.

"Saya pun keliru ia sesuatu yang baik atau tidak kerana sebagai penyanyi memang kena ada lagu yang baik," katanya.

"Lagi pun saya nak cari lagu yang boleh dinyanyikan secara live, bukan sekadar dalam recording kerana nak jaga reputasi dan periuk nasi sebagai penyanyi, ” kata Amira kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amira Othman


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi