“Masa AJL dah niat nak bertudung, tapi...” - Ernie Zakri akui silap buat keputusan, namun rasa syukur Allah buka hati

PENYANYI dan guru vokal Ernie Zakri meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan iaitu sebelum memasuki usia 30 tahun.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, bagaimanapun berkata dia hanya mampu merancang namun ia bergantung kepada soal jodoh.

“Bukan tahun ini, namun memang saya rasa dah patut kahwin kerana usia yang kian bertambah. Perancangan untuk mendirikan rumah tangga tu dah ada namun saya nak beri fokus dahulu untuk jaga kedua-dua ibu bapa.

“Saya nak selesaikan semua impian dahulu tahun ini antaranya beli rumah dan kereta sendiri, doakan saya dapat tamatkan zaman bujang pada tahun hadapan, ” kata Ernie kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ernie Zakri, Syamel
Semua
Hiburan
Berita
Variasi