Tak tolak makanan, Aizat Amdan akui berat badan naik dalam tempoh PKP

GARA-GARA duduk di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penyanyi Aizat Amdan memberitahu berat badannya naik mendadak.

Aizat, 31, berkata, perkara itu disebabkan rutin harian seperti menonton filem dalam talian, bermain permainan konsol setiap hari dan makan masakan kakaknya.

“Saya memang habiskan banyak masa dengan menonton filem dalam talian serta main permainan konsol yang dah lama saya tinggalkan. Malah saya rasa dah boleh masuk pertandingan kerana skill permainan yang semakin baik.

“Seperti kebanyakan individu di luar sana, saya turut mengalami pertambahan berat badan! Memang power la siapa yang tak naik berat badan semasa PKP. Mana tidaknya, kakak saya sentiasa menghidangkan masakan yang tidak mampu saya tolak, ” kata Aizat kepada mStar.

Aizat ditemui semasa majlis sidang media pelancaran single terbaharunya duet bersama penyanyi Indonesia iaitu Hanin Dhiya berjudul Ku Mau pada Khamis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aizat Amdan, Hanon Dhiya, PKP
Semua
Hiburan
Berita
Variasi