Sampai berpeluh Niezam Zaidi cerita fasal Nonny Nadirah - “Kami tak plan jatuh cinta... lama-lama perasaan tu tak boleh sorok”

BAKAL menamatkan zaman bujang akhir tahun ini, pelakon Niezam Zaidi tidak kisah dengan status kekasihnya iaitu Nonny Nadirah yang pernah berkahwin sebelum ini.

Akui Niezam, 28, beberapa kenalan rapatnya turut sangsi dengan hala tuju hubungan itu namun dia tidak menghiraukannya.

“Apabila kita sudah suka dan ada perasaan... jadi saya tolak tepi soal status itu.

“Ramai orang mempersoalkan hubungan saya dengan Nonny tapi saya tidak kisah yang penting dia tahu nak jaga hati saya, ” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu bagi Nonny Nadirah, dia menyerahkan soal jodoh bersama Niezam kepada Allah kerana masih trauma dengan perkahwinannya terdahulu.

Tambahnya, Niezam seorang lelaki yang baik dan sentiasa ada bersamanya ketika dia susah.

Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 18 Mac 2018 dan bercerai pada awal tahun 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Niezam Zaidi, Nonny Nadirah,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi