suria

Ada sebab Yonnyboii asyik jaja kisah peribadi dalam lagu - “Peminat yang nak dengar lagu sedih macam ni”

SERING mengetengahkan lagu berkonsepkan kisah hidup lalu, penyanyi rap dan komposer Yonnyboii memberitahu pendengar lebih memilih karya berunsur sedih bebanding elemen gembira.

Bagaimanapun penyanyi lagu Sakit ini berkata, dia akan sentiasa mencari kelainan dalam memberikan sesebuah karya yang segar buat peminatnya.

“Saya sentiasa fikir untuk menghasilkankan karya yang berbeza dan lain daripada mood sedih, namun apakan daya peminat saya lebih gemar dengan lagu-lagu sedih yang sering dikaitkan dengan nasib malang yang mereka pernah lalui.

“Bukannya tak pernah hasilkan lagu yang lebih terbuka dan gembira, tapi mereka tak nak dengar. Tapi saya janjikan banyak karya yang lebih segar akan dimasukkan dalam album yang akan dilancarkan kelak” kata Yonny kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Yonnyboii


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi