suria

“Anak Melayu, India, Cina datang hulur RM10, RM15” - Komposer Ooi Eow Jin kini terlantar sakit, anak bakal jalani pembedahan otak

PENGERUSI Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, Datuk DJ Dave hadir melawat keluarga pengarah muzik veteran Datuk Ooi Eow Jin yang kini sedang terlantar sakit di kediamannya di Petaling Jaya.

Lebih memeritkan, DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah berkata, anak lelaki maestro muzik tersebut iaitu Raymond, 56, yang menghidap penyakit tumor otak perlu menjalani pembedahan segera dengan kos sebanyak RM65,000.

“Yayasan telah memberi RM3,000 kepada keluarga ini. Bapa (Datuk Ooi Eow Jin) sakit dan anaknya pula menjalani pelbagai pembedahan sejak berusia 14 tahun.

“Kami mendengar berita tentang mereka minggu lepas, mereka memerlukan kewangan untuk pembedahan dan Yayasan bersetuju untuk menyumbang, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, menurut DJ Dave, Isteri kepada Ooi Eow Jin iaitu Datin Khaw Lean Kee terharu dengan sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak.

“Datin Khaw Lean berkata budak kecil, anak-anak Melayu, India dan Cina semua datang menghulurkan RM10, RM15 kerana jiran-jiran di sini ramai yang mengenali beliau” katanya.

Untuk rekod, Ooi Euw Jin menghidap penyakit Alzheimer sejak lima tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ooi Eow Jin, DJ Dave,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi