“Pelakon sama seperti nelayan, turun ke laut baru ada hasil” - Shiela Mambo minta netizen faham nasib anak seni

PELAKON veteran Shiela Mambo memberitahu dia tidak kisah apabila namanya tidak menjadi perhatian sungguhpun aktif membantu golongan yang terkesan akibat pendamik Covid-19.

Menurut Shiela, 57, walaupun mengetahui golongan berusia sepertinya lebih berisiko untuk dijangkiti virus Covid-19, namun ia bukan penghalang untuk membantu golongan yang memerlukan kerana tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan.

“Saya bukan orang kaya, tapi saya ada kudrat untuk membantu setakat apa yang mampu... nama tidak disebut tak apa, akhirat esok akan disebut.

“Risiko untuk orang berusia ini bahaya jika ada penyakit kronik, Alhamdullilah... saya tiada semua itu, ” ujarnya kepada mStar.

Bercakap tentang situasi perang netizen dan artis yang berlaku dua bulan lalu, Shiela berpendapat, semua terjadi akibat pemikiran negatif individu.

“Saya melihat situasi yang berlaku adalah zon panik, mereka tidak tahu nak buat apa... netizen tak ada kerja, pihak yang lagi satu pun tak ada kerja, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Shiela Mambo,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi