suria

“Dulu tiada orang nak dengar, sekarang ada beribu komen!” Wanns Ahmad terkejut lagu lama Terus Mencintaimu tambat hati pendengar

SIAPA sangka selepas lebih lima tahun bakat Wanns Ahmad sebagai penyanyi baharu disedari peminat.

Kata Wanns, kemunculannya dalam drama rantaian Seindah 7 Tujuh Warna Pelangi banyak memberi impak dalam karier seninya sehinggakan lagu nyanyiannya berjudul Terus Mencintaimu yang dilancarkan lima tahun lalu kini kembali jadi 'kegilaan' pendengar.

“Sebenarnya ramai tak tahu saya dah pernah keluarkan sebuah single lima tahun lalu. Namun tak sangka drama Seindah 7 Warna Pelangi memberi kesan kesan luar biasa sehingga peminat mula membuat carian tentang saya dah menambah jumlah tontonan lagu tersebut secara mendadak.

“Terharu sebenarnya, mana tidaknya dulu langsung tiada orang nak komen dan dengar lagu tersebut sehinggakan saya paksa diri untuk menceburi dunia pengacaraan dan juga lakonan. Dulu ruang komen di YouTube kosong je, tapi kini tiba-tiba dah ada beribu-ribu komen, ” kata Wanns kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Wanns Ahmad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi