suria

Man Raja Lawak lupa dah kurus ‘keding’, siap salah beli seluar saiz besar - “Saya kan dah kurus, kena la pakai skinny!”

PELAWAK Man Raja Lawak berkata ramai menyangka dia dan keluarga tidak mempunyai stok makanan mencukupi sehingga dia hilang berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram.

Malah Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim, berkata dia mendapat bekalan makanan mencukupi daripada kerajaan selepas kawasan perumahannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini.

“Ramai yang ingat saya tak cukup makan ketika PKPD. Tapi hakikatnya rumah saya ada stok makanan yang berlebihan... dah macam kedai runcit.

“Saya hilang 30 kilogram daripada berat 98 kilogram sebelum ini. Macam tak percaya apabila baru-baru ini saya terpaksa tukar seluar jeans yang baru dibeli kerana tersalah saiz. Dah kurus macam ni boleh la saya pakai pakaian skinny jeans, ” seloroh Man.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Man Raja Lawak


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi