suria

Jangan dendam dengan budak umur 5 tahun, pengarah Upin Ipin tak sangka watak animasi Fizi kena minta maaf - “Selalunya selebriti je!”

PENGARAH kandungan kreatif Les' Copaque Production, Nur Naquyah Burhanuddin mengakui terkejut apabila salah satu watak animasi Upin dan Ipin iaitu Fizi tular akhir bulan lalu.

Menurut Naquyah, ia bermula apabila saluran televisyen Indonesia, MNC TV memuat naik klip pendek dialog Fizi yang mengatakan tiada syurga untuk anak yatim kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

“Apabila MNC TV tayang Upin dan Ipin ia terus trending di Indonesia dan selepas mereka bincangkan perkara itu, ia mula tular di Malaysia.

“Orang Malaysia tak tengok episod penuh sebab kita tak tayangkan di Malaysia kerana di Malaysia hanya musim ke-13 dan episod kontroversi ini episod ke-14, ” ujarnya kepada mStar.

Bagi pengarah projek Upin dan Ipin, Khairul Aimran Ibrahim, pasukannya hanya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan episod Fizi Minta Maaf.

Kata Khairul, walaupun menggunakan tenaga kerja yang minimum kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia tidak menjadi penghalang demi menyelesaikan episod khas berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Upin dan Ipin, Fizi, Les Copaque,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi