suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Fakhrul boleh host, Bazli pandai buat lagu... saya je nothing!” - Najdi Unic cadang bawa Grab, jual penapis air tanggung keluarga

KOMITMEN terhadap keluarga khususnya membabitkan soal pendapatan menjadi penyebab utama penyanyi nasyid Najdi meninggalkan Unic.

Malah kata Najdi atau nama sebenarnya Wan Najdi Wan Mohd Noh, 29, dia enggan terus membebankan kumpulan berkenaan dengan isu peribadinya.

“Perkara ni dah lama saya fikirkan, tambahan pula isteri saya bertugas sebagai doktor, jadi tiada siapa nak jaga anak di rumah.

“Malah saya rasa diri saya yang bermasalah. Sebelum PKP kami ada bertekak... wife Fakhrul tiba-tiba nak bersalin, Bazli kena pergi show seorang diri, It's not that easy.

“Jadi saya minta maaf kerana ada tanggungjawab perlu dilaksanakan. Saya hanya pekerja biasa di syarikat milik Unic, jadi saya perlu fikir sesuatu untuk sara keluarga, ” kata Najdi kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

UNIC, najdi, nasyid


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi