Selepas teruk dikecam sebab minta bantuan, Shuib tubuh yayasan tolong orang - “Setiap cawangan saya wajib tanggung rumah anak yatim!”

SELEPAS teruk dihentam kerana menyuarakan pandangan golongan selebriti perlu bantuan khusus daripada kerajaan, kini pelawak dan usahawan Shuib mahu 'menebus' kesilapannya itu.

Kata Shuib, dia lega apabila berpeluang membantu masyarakat dengan menawarkan peluang pekerjaan menerusi perniagaan minuman kepada mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 36, berkata dia juga merancang untuk menyalurkan sumbangan secara tetap kepada sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan pusat jagaan orang tua terpilih melalui yayasan yang bakal ditubuhkan.

“Saya sangat memahami situasi mereka yang hilang pekerjaan akibat PKP. Dulu niat berniaga sebab nak bantu keluarga, tapi kini saya dapat bantu mereka yang memerlukan.

“Tak sangka pula lebih tiga ratus pemohon hadir sehingga mereka beratur dalam jarak tiga kilometer.

“Saya juga harap individu yang masih tak move on dengan keterlanjuran saya sebelum ini agar buka dengan niat saya untuk bantu masyarakat, ” kata Shuib kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shuib, Sepahtu
Semua
Hiburan
Berita
Variasi