Awas kru produksi! Persatuan seni mula aktif ‘serbu’ set penggambaran - “Kami datang mengejut, tak mahu mereka bersedia”

PRESIDEN Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penggiat seni bagi membendung penularan Covid-19.

Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, dia berbangga melihat langkah proaktif pihak produksi bagi mematuhi saranan kerajaan.

“Kita nak semua production mengikuti SOP seperti apa yang dilakukan di sini.

“Untuk produksi ini, mereka sangat mematuhi dan kita amat berbangga kerana mereka betul-betul patuh SOP seperti yang kita tetapkan, ” ujarnya kepada mStar.

Ahmad Ibrahim ditemui ketika sesi lawatan Mesra SOP Covid 19 di set penggambaran drama Baju Kebaya Kasut Kanvas di Shah Alam.

Tambahnya, tindakkan tegas akan diambil jika pihak produksi gagal mengamalkan SOP yang ditetapkan.

“Seandainya ada production house melanggar dan tidak mengikut SOP, kita akan laporkan kepada FINAS, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Mat London, FDAM,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi