Selepas mengaku salah lesapkan wang A. Aida, Mas Khan bakal disaman pula

SAYA lega dan puas hati...” Itulah ungkapan daripada mulut Datuk A Aida selepas Mahkamah Majistret Ampang pada 8 Julai 2020 menjatuhi hukuman denda RM17,000 atau penjara 26 bulan terhadap aktor Mas Khan selepas dia mengaku bersalah mencuri 'wallet' mata wang kripto bernilai RM213,805.

A.Aida berkata, keputusan mahkamah itu sekurang-kurangnya dapat mengajar Mas Khan supaya menghargai sesebuah persahabatan apatah lagi dia menganggap aktor itu seperti adik sendiri dan sering memberinya peluang berlakon bawah syarikat, A Aida Production.

Malangnya, keputusan mahkamah itu tidak habis di situ sebaliknya A Aida berhasrat menyaman semula Mas Khan bagi menuntut ganti rugi akibat kehilangan wangnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mas Khan didakwa mencuri 'wallet' yang juga mata wang kripto milik A Aida atau Zaidah Awang tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada 7 Mac 2019.

Ikuti temubual mStar bersama A Aida.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

A.Aida, Mas Khan,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi