Menitis lagi air mata Mak Wan, malu bercerita kisah anak seni - “Hidup ini bergantung dengan ubat”

KEHEBATAN lakonannya yang sering memegang watak seorang ibu memang tidak dapat disangkal, namun siapa sangka pelakon senior Mak Wan terpaksa meneruskan kehidupannya dengan bergantung kepada ubat.

Menurut Mak Wan atau nama sebenar Halimaton Saadiah Mohd Daud dia menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma.

“Mak Wan sebenarnya tak berapa sihat, ada kencing manis dan semput... ia menjadi-jadi sekarang ni.

“Kalau tak ada ubat, Mak Wan tak tahu boleh ke tak untuk berdiri... menang hidup Mak Wan bergantung kepada ubat, ” ujarnya kepada mStar.

Bercerita kisah dirinya menerima hadiah sumbangan mengerjakan umrah menerusi sebuah program siaran langsung di Facebook, dia terharu apabila doanya selama ini dimakbulkan.

“Mak Wan bersyukur sangat-sangat Allah dengar doa Mak Wan.

“Mak Wan duduk sorang-sorang, sakit sorang-sorang... biarlah Mak Wan habiskan masa dan hayat di Makkah.”

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Mak Wan,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi