Lufya bongkar sikap bekas suami, setahun tak jenguk anak - “Saya respect Sharnaaz, dia turunkan ego demi anak”

PENYANYI Lufya berkata dia amat mengagumi keperibadian pelakon Sharnaaz Ahmad yang mampu mengetepikan ego sebagai seorang lelaki demi anak biarpun berhadapan krisis rumah tangga.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 35, berkata demikian selepas kecewa dengan tindakan bekas suaminya iaitu Dr Che Hafiz yang didakwa gagal menjalankan tugas sebagai bapa kepada anak mereka Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

“Seperti yang diketahui saya dan Dr Che Hafiz telah sah bercerai 17 Jun lalu. Namun ada perkara yang saya tak dapat terima apabila dia (bekas suami) meminta agar saya tidak menghalangnya daripada menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

“Hakikatnya saya tak pernah halang dia berbuat demikian. Saya betul-betul kagum dengan sifat pelakon Sharnaaz Ahmad yang mampu ketepikan ego kerana anak mereka.

“Bayangkan Haura sudah lebih setahun tidak bertemu bapanya sendiri, ” kata Lufya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi