“Tak mungkin dah sambut anniversary tapi anak tak keluar lagi!” - Enot jawab fitnah timang cucu luar nikah

PELAKON Enot menepis dakwaan 'nakal' sesetengah pihak kononnya perkahwinan anak sulungnya pada usia muda dibuat bagi menutup malu akibat terlanjur.

Menurut Enot atau nama sebenar Aliza Abdullah, 42, keputusan untuk nikahkan anak sulung, Andriana Balqis, 18, pada Mac tahun lalu dibuat atas rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal.

“Ada yang kata anak saya kahwin awal sebab terlanjur, tapi saya minta mereka semak tarikh nikah, tarikh mula mengandung dan bila dia melahirkan anak. Ini satu fitnah untuk anak saya.

“Saya nikahkan awal sebab ia lebih mudah daripada biarkan dia keluar dengan lelaki tanpa ikatan yang sah," katanya kepada mStar.

Sementara itu bercerita mengenai kehadiran cucu sulung yang baru berusia tiga bulan, Enot berkata ia merupakan satu rahmat untuknya.

“Umur saya 42 tahun Allah dah bagi rezeki dapat cucu... anak saya bersalin ketika PKP jadi sekarang usia cucu saya dah tiga bulan.

“Saya seronok, rasa semangat untuk hidup itu makin banyak kerana dapat lihat cucu membesar depan mata, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Enot,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi