suria

Akaun Instagram Qody kena godam lagi - “Bukan rezeki, saya masih ada Allah”

PENYANYI Qody Rany terpaksa berputih mata apabila kehilangan akaun Instagramnya buat kali kedua pada Ahad.

Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani menjelaskan dia sudah berputus asa untuk mendapatkan kembali akaun tersebut malah enggan mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan semula akaun itu seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Kena lagi! Rasanya sudah tertulis ini bukan rezeki saya, sudah dua kali terkena perkara sebegini. Nak kata terkenal tu tak sangat, jauh sekali berwajah kacak iras Justine Bieber.

“Saya ada juga minta pertolongan individu yang godam akaun tersebut sebelum ini, namun dia masih meneruskan modus operandi yang sama dengan meminta wang dalam mata wang Dolar. Tak mengapalah, biar saya daftar sahaja akaun baharu,” kata Qody kepada mStar.

Qody, Instagram


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi