Selepas ‘cameo’ dalam Train To Busan Presents: Peninsula, Bella Rahim tunggu produksi Malaysia pula bagi job

BERLAKON dalam filem hebat luar negara tentunya menjadi antara ‘bucket list’ bagi semua pelakon.

Bagi Bella Rahim, terpilih untuk membintangi filem Train To Busan Presents: Peninsula merupakan satu peluang yang tak mungkin dilepaskan.

Kata Bella atau nama sebenar Siti Robela Abdul Rahim, 46, dia bangga dan terharu dengan pencapaiannya tetapi sedikit malu apabila tular di media sosial kerana tidak biasa dengan situasi ini.

“Bella bangga dan terharu... tapi Bella juga rasa malu sebab selalunya masa berlakon teater, tumpuannya hanya kepada pelakon-pelakon yang sudah ada nama.

“Bella memang betul-betul tidak biasa dengan perhatian yang Bella dapat, dan kena ambil masa sedikit untuk menerima semua ini, ” ujarnya kepada mStar.

Pelakon ini tular di media sosial selepas peminat filem aksi seram Train To Busan membongkar pelakon bagi watak Major Jane dalam Train To Busan Presents: Peninsula yang berada di pawagam sejak 16 Julai lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi