suria

“You salah! Saya kena tunggu dua jam” - Siti Elizad ‘sembur’ pelakon baharu jenis tak tahu urus masa, menyusahkan orang

PELAKON Siti Elizad mempertahankan tindakannya menegur seorang pelakon baharu kerana mempunyai masalah disiplin ketika di set penggambaran.

Cerita Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, pelakon tersebut tiba lewat lebih dua jam hingga menganggu proses penggambaran.

“Saya merendah diri minta maaf, mungkin cara saya membuatkan awak terasa.

“Tapi saya tetap berpegang dengan cara saya dan tidak salah untuk saya menegur... sebab awak saya kena tunggu dua jam, ” ujarnya kepada mStar.

Elizad ditemui ketika di set penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga di Bandar Mahkota, Cheras pada Isnin.

Selain itu tambah Elizad, selepas ditegur, pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada drama berkenaan.

“Disebabkan ini juga skrip terpaksa diubah. Tapi kena ingat, rezeki datang kepada kita dan perlu bersyukur.

“Jadi kalau saya tak boleh tegur kesalahan awak, maknanya kat luar sana awak akan rasa sentiasa betul, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi