Pertama kali Raja Afiq bawa tunang ‘photoshoot’, Soffwany dedah sebab jatuh hati - “Dia sangat penyabar!”

EPISOD #Bizibody minggu ini kita bersama pelakon Raja Afiq dan tunangnya yang juga penyanyi Soffwany Yusoff.

Berkongsi cerita mengenai kisah perkenalan mereka, Afiq dan Soffwany mula serius menjalinkan hubungan pada awal tahun ini dan mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.

Kata Soffwany, hatinya terpikat dengan sikap penyabar yang ditunjukkan oleh Raja Afiq dan itu merupakan antara sebab dia bersetuju menerima lamaran aktor tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Afiq tunang senyap-senyap dengan polis viral Soffwany Yusoff - “Kami kerap berbalas mesej di Instagram”

Soffwany yang juga merupakan peserta program Suara Viral ini turut mendedahkan sisi peribadi Raja Afiq yang ramai orang tak tahu!

Pasangan ini sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Ogos depan namun terpaksa menangguhkan majlis tersebut kerana penularan wabak Covid-19.

Justeru itu, mereka memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Tonton sendiri aksi sweet pasangan sama cantik sama padan ini!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi