“Famili kami sentiasa seronok walaupun miskin” - Mark Adam cerita kehidupan keluarga di Filipina - Video | mStar

“Famili kami sentiasa seronok walaupun miskin” - Mark Adam cerita kehidupan keluarga di Filipina

EPISOD #Bizibody minggu ini bersama penyanyi dan pelakon, Mark Adam.

Mark membawa kita meninjau sekitar pusat latihan vokal dan studio muzik kepunyaannya, Suara Academy yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Wow! Tak sangka rupa-rupanya Mark juga merupakan seorang guru vokal... patutlah suara sedap kan?

Selain itu, pelakon drama TQ Captain ini turut berkongsi cerita mengenai kehidupan keluarganya di Filipina.

Kata Mark, walaupun mereka hidup dalam kemiskinan, namun kaya dengan kasih sayang.

Usaha kerasnya dalam industri ini bertujuan untuk membantu keluarga dan menggembirakan hati ibu tersayang. 

Alhamdulillah, semoga niat murni Mark itu diberkati Allah. Beruntung ibu bapa Mark kan?

TONTON VIDEO PENUH BIZIBODY YANG DISEDIAKAN INI.

Mark Adam , Bizibody
Semua
Hiburan
Berita
Variasi