suria

Followers ramai kayu ukur harga pelakon? Osman Ali anggap tak adil - “Jangan terikat dengan media sosial”

ISU pelakon veteran ditawarkan 'job' dengan bayaran murah bukan perkara baharu dalam industri hiburan tempatan dan pelakon Didie Alias pernah bersuara mengenainya.

Berkongsi pengalaman, pengarah filem terkenal Osman Ali menganggap isu harga pelakon adalah sesuatu yang subjektif kerana ia akan dinilai daripada pelbagai aspek.

“Tak kira sama ada yang baharu atau yang lama, kita respect harga mereka.

“Kalau saya nak panggil pelakon yang berpengalaman, kita akan memilih watak yang bersesuaian dengan mereka dan biar berbaloi (dengan bayaran), ” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu bercerita tentang trend terkini apabila harga pelakon akan ditentukan berdasarkan pengikut laman sosial, pengarah filem Ombak Rindu ini tidak bersetuju dengan kaedah tersebut.

Baginya ia tidak adil untuk pelakon yang berbakat tetapi mempunyai pengikut media sosial yang rendah.

“Saya tidak suka untuk berpegang kepada konsep tersebut, secara peribadi itu sangat tidak adil.

“Ramai pelakon yang bagus serta berpengalaman dan mempunyai kredibiliti tersendiri sebagai seorang pelakon tapi tidak aktif di media sosial, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi