suria

Golongan ‘gold digger’ buat Shuib elak baca mesej di media sosial - “Saya bukan alim sangat tapi selalu ingat pesan emak!”

Shuib berpegang pada pesanan ibunya dalam menempuh dugaan dan ujian kehidupan.

PELAWAK dan ahli perniagaan Shuib menyedari kewujudan golongan wanita yang gemar mengambil kesempatan serta mempergunakan lelaki kaya sebagai lubuk emas untuk kepentingan peribadi.

Enggan terpalit dengan kontroversi yang boleh memusnahkan rumah tangga itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, berkata dia cuba mengelakkan diri daripada terjerumus dalam hubungan terlarang itu.

"Saya sedar kewujudan wanita yang digelar kaki kikis ini dan dalam situasi sekarang ini dugaan memang hebat lebih-lebih lagi sebagai ahli perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

"Saya memang cuba elakkan diri supaya tidak menerima dugaan begitu... tapi kalau nak cerita fasal dugaan ini bukan orang jahat sahaja kena, orang baik pun boleh diuji, apa-apa pun semua bergantung pada kita macam mana nak menahan.

"Saya beruntung sebab dikelilingi pelbagai jenis kenalan dan pernah lihat kawan yang terbabit dalam hal ini, jadi saya boleh tengok sendiri apa buruknya jika kearah itu... kita boleh nilai sendiri," katanya kepada mStar.



Ibu dan isteri jadi pendorong untuk Shuib kuat berdepan ujian hidup.

Shuib berkata demikian ketika ditemui di pelancaran lagu Teh Terakhirku dan majlis pembukaan cawangan kafe Bubblebee di The Strand, Kota Damansara pada Selasa.

Teh Terakhirku merupakan lagu terbaharu nyanyian Shuib bersama Mark Adam dan Zynakal.

Sementara itu, Shuib berkata kebanyakan golongan wanita ini menggunakan media sosial sebagai platform untuk mencapai matlamat mereka.

Antara punca lelaki terjebak dalam hal ini kerana laman sosial... sebabnya ramai gold digger memburu lelaki menerusi platform tersebut.

SHUIB

PELAWAK

Justeru itu, dia mengambil pendekatan mengelakkan diri daripada membaca sebarang mesej peribadi yang diterima di laman tersebut.

"Kita pun dah biasa tengok video dan prank macam mana mereka ambil kesempatan terhadap orang kaya, kalau kita dah tahu jadi lebih baik elakkan daripada terjebak.

"Antara punca lelaki terjebak dalam hal ini kerana laman sosial... sebabnya ramai gold digger memburu lelaki menerusi platform tersebut.



Shuib berdoa rumah tangganya berkekalan sehingga akhir hayat.

"Kita dah tahu dalam itu ada harimau, takkan kita nak cuba masuk! Alhamdulillah buat masa ini tiada lagi gangguan dan saya pun tak buka atau layan mesej di Instagram," ujarnya.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia sentiasa berpegang kepada pesanan ibunya yang berharap dia tidak alpa dan leka dengan kekayaan dunia.

"Saya pun bukanlah alim sangat tapi sentiasa beringat... emak saya selalu pesan kalau duit dah banyak jangan lupa orang yang bersama kita.



Dari kiri; Shuib, Zynakal dan Mark Adam bergandingan dalam lagu terbaharu, Teh Terakhirku.

"Dari situ saya sedar kalau saya salah langkah saya akan hilang orang yang saya sayang kerana apa yang saya miliki ini hasil doa mereka.

"Saya hanya mampu berdoa Allah makbulkan permintaan saya untuk kekal bersama isteri dan anak-anak selamanya... walaupun jodoh dan ajal ini kita tak boleh nak duga, cuma saya mampu berdoa kekalkan apa yang saya ada hari ini," katanya.

Shuib dan penyanyi Siti Sarah Raissuddin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain